Friday, May 8, 2009

Tiap yang datang, suatu hari akan pergi jua....

3.50am..Tanggal 2 mei 2009...

Panggilan telefon dari Hospital Kinabatangan menandakan perginya seorang insan yang amat disayangi dan disanjungi oleh keluarga kami...

Allahyarham Ottoh Bin Arpan... Seorang insan yang sedehana, bersemangat waja dan rendah diri...
Setelah seminggu berada di hospital, akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan anak-anak dan cucu-cucu yang sentiasa berada disisinya...

Masa tu baru sejam aku balik ke rumah. Aku rasa aku tak sanggup berhadapan dengan saat- saat getir seperti itu... terlalu pilu dan sungguh aku lemah semangat... teringat aku semasa arwah ayah pulang ke rahmatullah... sedih & pilu....


Kenangan...

Allah
yarham satu-satunya ketua keluarga yang kami sanjungi selama ini... semasa pemergiannya allahyarham berumur 88 tahun (mengikut MyKad) namun menurut dari pengalaman dan jalan cerita hidupnya, kami percaya allahyarham telah pun berusia 125 tahun. Menurut doktor allahyarham tidak mempunyai sebarang penyakit, pemergiannya adalah disebabkan lumrah kehidupan di mana setiap yang hidup akan pergi menemui Tuhannya...

Satu kebanggaan pada diriku menjadi cucu allahyarham, bukan saja dari sifatnya yang sederhana dan lemah lembut menyebabkan kami seluruh keluarga dari 4 keturunannya sentiasa menyanjungi beliau tetapi juga dari cara hidup allahyarham yang sentiasa menitikberatkan kesihatan rohani dan jasmani...


Nasihat dan tunjuk ajar yang sentiasa diberikannya setiap kali aku duduk disisinya masih terngiang-ngiang di telingaku...
sikapnya yang sopan dan rendah diri ketika bercakap dengan sesiapapun semuanya masih segar diingatanku... rasanya tidak ramai insan sepertinya di dunia ini...

Pemergian allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar buat seluruh ahli keluarga kami... Namun Allah Maha Menyayangi dan Maha Mengetahui segalanya di muka bumi ini... Dengan hati yang redha, pemergiannya kami iringi dengan doa semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman...

Amin...

Al-Fatihah....



No comments:

Post a Comment