Showing posts with label words. Show all posts
Showing posts with label words. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Bekerjalah dan ikhlaskan hatimu...(untuk diriku...hehe)


Assalamualaikum...

Sibuk memanjang...kerja..kerja..kerja... tp Kerja tu satu ibadah...mencari rezeki yang halal supaya kita hidup dengan baik didunia...tak meminta-minta dan senang menjalankan ibadah untuk bekalan di sana nanti... :) Tips-tips motivasi ni antara yang aku baca...

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud;
“Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok”

Tapi, bila kerja...kerja...kerja...'ter'kadang hati mengeluh...penat, x cukup rehat, kerja banyak la, kerja tak siap, gaji tak cukup, huhuuu persoalannya...IKHLASkah aku bekerja selama ini? confirm kah aku boleh dapat pahala selama aku bekerja ni??? mengapa masih ada keluhan dihati.....masing-masing boleh nilai diri sendiri...IKHLASKAH AKU??? :)


Saturday, February 12, 2011

Jadikan impian satu realiti...

“Setiap apa yang kita miliki, sebenarnya tercipta tiga kali. Pertama kali Allah sudah tentukan (takdir), kali kedua di minda (imaginasi) dan kali ketiga di alam sebenar (realiti)"

Umar r.a yang bertanya Nabi s.a.w tentang amalan dengan mengatakan:

"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda: Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara. Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja? Baginda bersabda: Beramallah wahai anak al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."- Hadis sahih riwayat Ahmad, jil. 1, ms. 29).

Riwayat Anas bin Malik turut disebut bahawa baginda Rasulullah sentiasa membaca doa:

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلىَ الله

Maksudnya:

“Dengan nama ALLAH aku bertawakal hanya kepada ALLAH. ”- Hadis Sahih, riwayat Tirmizi no. 2724.



Firman ALLAH S.W.T:
Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH amat mencintai orang-orang yang bertawakal kepada-NYA.” - Surah Ali Imran: 159.


Maksudnya:

“Sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH akan menyediakan baginya jalan keluar (daripada kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangka olehnya.” - Surah Thalaq : 2 - 3.

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran...

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin..

Dikesempatan ini, Saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun & maaf kepada semua sahabat handai & kenalan... Semoga Raya tahun ini membawa seribu kegembiraan & kebahagiaan buat kita semua... Amin

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."' (Al-Baqarah ayat 183)


MARHABAN YA RAMADHAN

Menurut Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "apabila tibanya Ramadhan,dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan"

Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi


FADHILAT RAMADHAN

Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).


FADHILAT SOLAT TARAWIH

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:

Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:

Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:

Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:

Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:

Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."



Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu keberkatan & kebahagiaan buat kita semua...

Selamat menjalani ibadah puasa...

Salam Ramadhan...