Wednesday, June 3, 2009

PERTANDINGAN 'BLOG PALING KREATIF'

PROGRAM ‘PELANCARAN BLOG ADUN48 SUKAU’
PERTANDINGAN BLOG
‘BLOG PALING KREATIF’



TEMA:
“BLOG; DARI KOMUNITI UNTUK KOMUNITI”

TUJUAN:
Meningkatkan pengetahuan komuniti mengenai Teknologi Maklumat (IT)
Meningkatkan penggunaan blog sebagai media interaktif dikalangan masyarakat
Merapatkan jurang digital melalui jaringan ICT dan nilai-nilai kemasyarakatan antara komuniti.

KANDUNGAN BLOG:
Blog mestilah nukilan asli dan kreatif. Bahasa singkatan tidak boleh digunakan.
Mempunyai kandungan tentang artikel kemasyarakatan serta meliputi isu-isu semasa yang melibatkan komuniti seperti pelancongan, kebudayaan, sosioekonomi dan pembangunan serta nilai-nilai kemasyarakatan.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
Terbuka kepada semua peringkat umur. Setiap peserta perlu menjadi ahli Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) yang berdekatan terlebih dahulu
Urusetia/Pihak penganjur tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini
Bloghosting yang digunakan adalah Blog yang access friendly (mudah diakses). Contoh : blogspot/wordpress
Wajib meletakkan banner / link blog adun48sukau & website PJK di halaman utama (sidebar)
Peserta tidak harus membuat blog baru bagi yang sudah sedia ada. Gunakan blog yang telah ada untuk menyertai pertandingan ini.
Pendaftaran blog yang telah published hendaklah dibuat pada 09hb Jun 2009 (Selasa) jam 9.00 pagi di PJK Kg. Paris 1, Kinabatangan
Pemenang akan menerima sijil penyertaan dan wang tunai RM300 (1st prize), RM200 (2nd prize) dan RM100 (3rd prize)
Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan/bantahan tidak akan dilayan.

BERMINAT??? Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Cik Carmelita Caneza
PJK Kg. Paris 1
No. Tel: 013-8723293
Emel : kgparis@pjk.com.my

Atau;

En. Abdul Gafar Ismail
PJK Kg. Sukau
No. Tel: 012-8257199
Emel : Sukau@pjk.com.my


PROGRAM ‘PELANCARAN BLOG ADUN48 SUKAU’
PERTANDINGAN MENAIP KANAK-KANAK
‘MENAIP PANTAS’

TUJUAN:
Meningkatkan pengetahuan komuniti mengenai Teknologi Maklumat (IT)
Menarik minat golongan kanak-kanak dalam bidang ICT.
Merapatkan jurang digital melalui jaringan ICT dan nilai-nilai kemasyarakatan antara komuniti.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
Terbuka kepada kanak-kanak bawah 12 tahun. Setiap peserta perlu menjadi ahli Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) yang berdekatan terlebih dahulu.
Pendaftaran dan pertandingan dibuat pada 09hb Jun 2009 (Selasa) jam 9.00 pagi di PJK Kg. Paris 1, Kinabatangan
Pemenang akan menerima sijil penyertaan dan wang tunai RM50 (1st prize), RM30 (2nd prize) dan RM20 (3rd prize)
Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan/bantahan tidak akan dilayan.

No comments:

Post a Comment