Friday, July 17, 2009

Tiens Unicore


Rasanya tidak ramai yang tahu akan kewujudan Syarikat ni...(terutama masyarakat Melayu di Sabah…)

Saya mengenalinya daripada seorang rakan (kini menjadi upline saya). Pada mulanya saya juga merasa ragu-ragu akan biznes ini, bukan sahaja disebabkan pemerhatian dan pengalaman menjalankan biznes network marketing tetapi juga secara peribadi bila melihat dari nama syarikat ini yang tidak dapat saya nafikan kebanyakkan orang Melayu akan bersikap sedikit ‘kurang selesa’ terutamanya di kalangan masyarakat kampung atau luar bandar…

Lebih kurang 3 bulan mendapatkan maklumat dan mengikuti Open Plan Presentation (OPP) dari para leader yang berjaya dalam biznes ini, ianya membuatkan saya yakin bahawa biznes yang dikenali sebagai salah satu network marketing ini akan menjanjikan pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang menjalankannya secara telus dan dedikasi.

Sebagai ‘ahli baru’, saya lebih banyak mendengar dan mempelajari bagaimana cara untuk menjalankan biznes ini dengan lebih berkesan. Alhamdulillah… setakat ini saya telah memahami konsep sebenar bagaimana untuk menjana pendapatan yang lumayan dari biznes yang kita jalankan.

Secara peribadi, dapatlah saya rumuskan bahawa…

“Sesiapa sahaja boleh menjalankan biznes ini… tua, muda, miskin dan apatah lagi yang kaya…

…Perlu diingat! Biznes ini adalah biznes untuk membangun dan menjana aset…

…Bila anda menjalankan biznes ini, anda adalah PENGURUS yang akan mengurus dan menjalankan biznes dan diri anda sendiri. Anda yang akan menentukan seberapa banyak keuntungan dan kejayaan yang bakal anda perolehi.

…Berita baiknya buat anda, keuntungan bukan setakat wang ringgit tetapi juga kesejahteraan yang paling bermakna iaitu kesihatan mental dan fizikal… Insyaallah…

Bagi saya… kuncinya adalah.. USAHA TANGGA KEJAYAAN…”

“..Di mana pun anda, siapapun anda, apapun yang anda lakukan… sekiranya anda percaya dan tidak putus asa, suatu saat anda pasti akan mendapat ganjarannya…”

Saya cuma berkongsi apa yang telah saya lalui… Anda adalah orang-orang yang bertuah dan terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini…

KESEJAHTERAAN ADALAH MILIK SETIAP INSAN…

Peluang telah sedia ada di depan mata… hanya menunggu keputusan ANDA…

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI KELMARIN…

Salam sukses untuk anda…


No comments:

Post a Comment